Kerjaya Bartje van Houten

D’Lloyd (1969–2017)

Rencana utama: Kumpulan D'lloyd

Bartje bersama-sama vokalis Syamsuar Hasyim menubuhkan D'Lloyd pada awal tahun 1969. Bartje sebagai ketua kumpulan dan gitaris, Syamsuar (Sam) sebagai vokalis utama sejak penubuhan kumpulan ini. Kumpulan ini dinamakan dari nama syarikat perkapalan Djakarta Lloyd. Ahli asal kumpulan ini terdiri daripada Bartje (gitar), Andre Gultom (saxophone, flute, vokal), Sam (vokal utama), Chairoel Daud (dram), Budiman Pulungan (keyboard), dan Sangkan “Papang” Panggabean (bass).